Wednesday, December 16, 2015

KESIMPULAN


Perniagaan Francais adalah antara kaedah perniagaan yang ramai digunakan untuk mengembangkan perniagaannya, sama ada pada perkhidmatan mahupun perniagaan barangan. Daripada beberapa penyelidikan yang dibuat, francais merupakan sistem pemasaran.
Mengikut sejarah perkembangan penubuhan perniagaan francais dunia yang telah berjaya berkembang di pelbagai negara, ianya dimulai daripada satu syarikat kecil kemudian berkembang secara berperingkat, mencoba beberapa strategi pemasaran, sehingga menemukan satu kaedah pemasaran yang lebih berjaya dan terus disempurnakan sehingga memberi kesan pada pulangan yang agak lumayan. Daripada sejarah dan latar belakang penubuhannya, francais terbukti boleh bertahan dalam tempoh masa yang agak lama dengan terus menyempurnakan kekurangan-kekurangan yang boleh menjayakan lagi perniagaan ini.
Di sebalik kebaikan yang ada di dalam sistem perniagaan francais ini, pelbagai halangan dan juga cabaran yang dihadapi. Antaranya, kos yang tinggi bagi memulakan perniagaan, lokasi dan susun atur yang terikat kerana mengikut perjanjian dan kontrak yang telah ditandatangani, penamatan dan pembaharuan kontrak, ianya mudah terdedah kepada persaingan.

MASA DEPAN FRANCAIS DI MALAYSIA

Industri francais negara semakin menunjukkan perkembangan positif berikutan terdapat 56 buah syarikat francais tempatan berjaya mengembangkan perniagaan dengan membuka 1,980 outlet di 52 buah negara.

Banyak usaha kerajaan dalam membantu mengembangkan industri francais semakin menampakkan kejayaan apabila 713 syarikat francais daripada pelbagai sektor telah didaftarkan di bawah Pendaftar Francais sehingga kini.

Perniagaan francais adalah sebuah bidang yang banyak turun naik. Walaupun bidang francais sering dianggap diguna pakai dalam industri perkhidmatan seperti makanan dan minuman atau pemilik dobi, model perniagaan ini adalah lebih sekadar itu.
Di Malaysia, perniagaan francais sudah agak maju ke tahap di mana kita bukan sahaja mengimport francais asing, tetapi juga mengeksport jenama-jenama tempatan. Sebagai contoh, Smart Reader, Secret Recipe, Marrybrown dan Old Town telah memasuki ke pasaran luar negara, dari Timur Tengah ke China. Malah konsep kopitiam makin menjadi minat usahawan di Indonesia. Contohnya jenama Old Town White Coffee dan Bangi Kopitiam semakin menjadi popular di Jakarta dan Surabaya dan jenama ini telah menjadi mempunyai beberapa outlet yang dibuka.

Menurut salah satu akhbar tempatan menyebut setakat ini, sebanyak 1,992 rangkaian outlet perniagaan francais tempatan di luar negara antaranya Marry Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and Cafe Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh berkata,. “Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa. Usahawan francais perlu memanfaatkan platform itu untuk memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasaran dan persekitaran sesebuah negara.

Dalam salah satu akhbar nasional menyebutkan bahawa terdapat 56 buah syarikat francais tempatan berjaya mengembangkan perniagaan dengan membuka 1,980 outlet di 52 buah negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pada majelis penyambutan hari Francais 2014 menyampaikan bahawa pada tahun 2013 industri francais telah menyumbang sebanyak RM24.3 juta atau 2.8 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar). Bahkan sampai tahun 2014 sebanyak 713 syarikat francais dari pelbagai sektor telah didaftarkan di bawah Pendaftar Francais.

Transformasi yang dijalankan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sedikit sebanyak telah mempertingkatkan daya saing industri francais di negara ini. Antara inisiatif yang dijalankan oleh PNS adalah seperti pembinaan jenama francais tempatan, bengkel-bengkel, ekspo dalam dan luar negara serta pembangunan akademi.