Wednesday, December 16, 2015

CABARAN DAN HALANGAN FRANCAISOR DAN FRANCAISI DI MALAYSIA

Bagi usahawan, cabaran dan halangan adalah bukan faktor kegagalan malahan ia boleh 
dijadikan semangat untuk terus berusaha. Dengan adanya perbakai skim dan program 
yang ditawarkan oleh pihak kerajaan, perniagaan francais ini boleh dikatakan sesuatu 
yang sangat positif. 
Tetapi terdapat juga beberapa faktor halangan dan cabaran di dalam sistem perniagaan ini. 
 
1. Kurang Kefahaman
Kurangnya kefahaman terhadap sistem perniagaan francais dan potensi serta manfaat 
di kalangan orang awam, usahawan secara umum dan usahawan francais secara khususnya. 
Terdapat juga persepsi di kalangan masyarakat bahawa industri ini berskala besar dan tidak 
mampu disertai golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
 
2. Perniagaan di bawah kawalan Francaisor
Francaisor akan mengenakan darjah kawalan yang tinggi terhadap francaisi bagi memastikan 
kualiti produk yang konsisten dan mencapai piawaian yang dikehendaki di dalam semua saluran 
perniagaan.
i) Lokasi
Pemilihan lokasi akan dipilih oleh francaisor. Francaisor akan memilih lokasi yang difikirkan 
sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan 
francaisi. 
ii) Hiasan dalaman dan Konsep Perniagaan 
Akibat daripada ikatan perjanjian yang memerlukan francaisi untuk terus mematuhi kepada 
pengekalan piawaian, tatacara, konsep, gaya pengurusan, susun atur premis, 
pengawalan kualiti, kaedah pemasaran dan peraturan menjalankan perniagaan francais. 
 
3. Modal yang tinggi
Kos atau modal yang diperlukan bagi membuka sesuatu perniagaan francais adalah tinggi. 
Seperti yang kita sedia maklum terdapat banyak syarikat dan skim yang ditawarkan di negara 
kita, tetapi kos yang diperlukan masih terlalu tinggi dan jumlah yang dibayar untuk penjenamaan
 tersebut tidak akan dikembalikan. 
Contoh, untuk membuka perniagaan francais seperti Mc Donalds, kos untuk memulakan 
perniagaan adalah antara RM2 juta sehingga RM4.5 juta, bergantung kepada saiz restoran, 
jenis restoran. Jenis restoran ini bergantung kepada lokasi seperti pusat membeli-belah,
sistem pandu lalu, perjanjian dengan syarikat minyak, lokasi, gaya hiasan dan landskap
Mc Donalds tidak menyediakan sebarang bantuan pinjaman, oleh itu pinjaman haruslah 
dibuat dengan firma kewangan dan perbankan di Malaysia dan lebih kurang 30% jumlah 
permulaan modal adalah dari sumber kewangan sendiri. Yuran francais dan deposit keselamatan 
juga perlu dibayar oleh penerima francais.
Selain itu, penerima francais juga perlu mengambil kira kos bulanan seperti membayar sewa, 
sewa yang dikenakan juga berbeza-beza antara 13% hingga 20%. Mereka juga perlu memberi 
sumbangan bulanan ke atas pemasaran, iaitu pada jumlah 5% daripada jualan kasar restoran.
 
4. Mudah terdedah kepada persaingan
Terdapat francaisi yang telah memperoleh kemahiran dalam menjalankan perniagaan francais 
yang akan menggunakan kesempatan ini untuk membangunkan rangkaian perniagaan sendiri, 
tindakan ini akan menjejaskan francaisor akibat persaingan yang dihadapi. 
 
5. Penamatan dan pembaharuan kontrak  
Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi melanggar perjanjian francais. 
Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujui, tiada jaminan atas pembaharuan 
kontrak.  
Penamatan Kontrak – Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisiakan hilang apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun. Adalah dinasihatkan francaisi untuk memastikan pulangan modal francaisi tidak sampai 5 tahun.Maksudnya, dalam tempuh 5 tahun pastikan anda mendapat semula pelaburan anda.
Pembaharuan Kontrak – Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara otomatik. Segala terma dan syarat mungkin akan berubah. Antaranya kenaikkan kadar bayaran royalti, membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan kawalan atas jualan. Semua pembaharuan ini berkemungkinan untuk memberi peluang kepada francaisi lain.

Pautan tentang Akta Francais di Malaysia , sila klik.

6. Pemilihan Francaisor perlu dilakukan dengan teliti.

Kelemahan akta dan peraturan sedia ada menjadi duri dalam daging kepada pembangunan industri francais di Malaysia dan perlu dicungkil segera supaya tidak menjejaskan kemajuannya. Kelemahan-kelemahan yang ada telah memburukkan imej sistem francais sehingga dilihat sebagai sistem yang menipu dan banyak pihak yang tertipu terutamanya usahawan baharu, kata sebuah syarikat perunding francais tempatan. Keadaan berkenaan timbul kerana ketiadaan dokumen zahir atau prospektus disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal francaisi) mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya. Apa yang berlaku sekarang, perkara tersebut dipandang ringan serta ketiadaan garis panduan khas disediakan kerajaan menyebabkan penyediaan prospektus dilakukan secara sambil lewa dan bakal mengundang masalah. Permasalahan ini menyebabkan sistem francais dipalitkan dengan kecaman-kecaman yang negatif sehingga membantutkan usaha untuk mengembangkan sistem berkenaan.Perlu ada prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan sejelas-jelasnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat lagi.Jika semua maklumat ini tidak didedahkan, maka timbul masalah seperti francaisi tertipu dan mengalami kerugian selepas memeterai perjanjian francais,’’kata beliau kepada Utusan Malaysia.

Berdasarkan Akta Francais, prospektus perlu diserahkan 10 hari sebelum menandatangani dokumen dan tujuh hari waktu bekerja ditetapkan untuk masa menunggu sebelum proses disahkan.Sikap buruk usahawan atau bakal francaisi pula adalah tidak mahu membaca terma perjanjian terlebih dahulu dan pada masa yang sama pihak francaisor juga tidak memberikan penerangan secara terperinci tentangnya.Oleh itu, apabila timbul masalah, kedua-dua pihak akan saling menuding jari dan akhirnya yang dipersalahkan adalah sistem francais itu sendiri.

Francaisi juga mudah dikhianati oleh pihak francaisor yang tidak jujur dan tamak. Misalnya, pada peringkat permulaan, pihak francaisor memberi kebenaran dan hak pengoperasian perniagaan francais kepada francaisi terutamanya pengoperasian perniagaan itu berjalan di kawasan yang kurang membangun.Apabila perniagaan francais berkenaan di kawasan itu meningkat maju dan terkenal, pihak francaisor mengambil balik hak berniaga dan beroperasi sendiri.Tindakan pihak francaisor sedemikian tentu sekali merugikan francaisi yang telah bertungkus lumus untuk membangunkan perniagaannya.

No comments:

Post a Comment