Wednesday, December 16, 2015

MASA DEPAN FRANCAIS DI MALAYSIA

Industri francais negara semakin menunjukkan perkembangan positif berikutan terdapat 56 buah syarikat francais tempatan berjaya mengembangkan perniagaan dengan membuka 1,980 outlet di 52 buah negara.

Banyak usaha kerajaan dalam membantu mengembangkan industri francais semakin menampakkan kejayaan apabila 713 syarikat francais daripada pelbagai sektor telah didaftarkan di bawah Pendaftar Francais sehingga kini.

Perniagaan francais adalah sebuah bidang yang banyak turun naik. Walaupun bidang francais sering dianggap diguna pakai dalam industri perkhidmatan seperti makanan dan minuman atau pemilik dobi, model perniagaan ini adalah lebih sekadar itu.
Di Malaysia, perniagaan francais sudah agak maju ke tahap di mana kita bukan sahaja mengimport francais asing, tetapi juga mengeksport jenama-jenama tempatan. Sebagai contoh, Smart Reader, Secret Recipe, Marrybrown dan Old Town telah memasuki ke pasaran luar negara, dari Timur Tengah ke China. Malah konsep kopitiam makin menjadi minat usahawan di Indonesia. Contohnya jenama Old Town White Coffee dan Bangi Kopitiam semakin menjadi popular di Jakarta dan Surabaya dan jenama ini telah menjadi mempunyai beberapa outlet yang dibuka.

Menurut salah satu akhbar tempatan menyebut setakat ini, sebanyak 1,992 rangkaian outlet perniagaan francais tempatan di luar negara antaranya Marry Brown, Nelson dan Secret Recipe Cakes and Cafe Setiausaha Agung Persatuan Francais Malaysia (MFA), Mohamad Shukri Salleh berkata,. “Kerajaan melalui kementerian dan pelbagai agensi terlibat menganjurkan pelbagai program setiap tahun mempromosikan jenama tempatan di pasaran antarabangsa. Usahawan francais perlu memanfaatkan platform itu untuk memudahkan mereka mengenali lebih dekat peluang pasaran dan persekitaran sesebuah negara.

Dalam salah satu akhbar nasional menyebutkan bahawa terdapat 56 buah syarikat francais tempatan berjaya mengembangkan perniagaan dengan membuka 1,980 outlet di 52 buah negara. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek pada majelis penyambutan hari Francais 2014 menyampaikan bahawa pada tahun 2013 industri francais telah menyumbang sebanyak RM24.3 juta atau 2.8 peratus kepada KDNK (Keluaran Dalam Negeri Kasar). Bahkan sampai tahun 2014 sebanyak 713 syarikat francais dari pelbagai sektor telah didaftarkan di bawah Pendaftar Francais.

Transformasi yang dijalankan oleh Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sedikit sebanyak telah mempertingkatkan daya saing industri francais di negara ini. Antara inisiatif yang dijalankan oleh PNS adalah seperti pembinaan jenama francais tempatan, bengkel-bengkel, ekspo dalam dan luar negara serta pembangunan akademi.


No comments:

Post a Comment