Wednesday, December 16, 2015

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN FRANCAIS DI PERINGKAT GLOBAL



Sejarah francais bermula sekitar tahun 1850 di mana seorang bangsa Jerman bernama Isaac Singer pengasas Singer Sewing Machine Company telah memperbaharui rekaan mesin jahitnya. Beliau ingin memasarkan mesin jahit beliau ke Amerika dan apa yang dilakukan oleh beliau adalah mewujudkan perjanjian pengedaran di Amerika. Format perniagaan francais ini melalui cap dagang Singer sebagai produk dalam perniagaan mereka. Selepas peristiwa itu banyak syarikat telah menjalinkan persefahaman untuk mewujudkan pusat pengedaran di negara lain.

Produk francais pertama
  Pada tahun 1950-an, konsep baru dalam sistem francais telah diperkenalkan sebagai satu sistem francais berformat. Di mana konsep ini seperti perniagaan francais yang diamalkan pada hari ini iaitu melibatkan hubungan antara francaisor dan francaisi. Keseragaman yang ada pada setiap rangkaian menyebabkan produk berkenaan mudah dikenali dan teknik operasinya lebih mudah dikendalikan.



Sebagai contoh, Mc Donald’s mempunyai susun atur kedai yang sama, produk makanan yang dikeluarkan juga sama, malahan harga yang ditetapkan juga hampir sama, bergantung kepada lokasi perniagaan tersebut. Sekiranya francaisi melanggar peraturan, maka tindakan akan dikenakan dan lesennya mungkin akan ditarik balik. Namun begitu terdapat juga, perubahan-perubahan yang telah dilakukan terutamanya terhadap produk yang ditawarkan agar ianya bersesuaian dengan budaya masyarakat di sesebuah kawasan.

            Dapat dirumuskan bahawa, di peringkat global, perniagaan secara francais menjadi pilihan utama usahawan kerana modal perniagaannya yang cepat berkembang malah mendapat keuntungan berganda kerana berjaya mengembangkan rangkaian perniagaan mereka di pelusuk dunia.

Mc Donalds Pertama

No comments:

Post a Comment