Wednesday, December 16, 2015

SEJARAH RINGKAS PERKEMBANGAN FRANCAIS DI PERINGKAT MALAYSIA



Industri francais merupakan satu industri yang berpotensi besar untuk menyumbang kepada kepesatan pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun industri francais mempunyai potensi untuk menyumbang kepada ekonomi negara, usaha pembangunan industri francais di Malaysia masih menghadapi pelbagai cabaran terutamanya kurang kefahaman terhadap sistem perniagaan francais dan potensi serta manfaat di kalangan orang awam, usahawan secara umum dan usahawan francais secara khususnya. 

Di Malaysia, francais mula bertapak seawal tahun 1946 apabila Singer (Sewing Machine & Co) cuba memperluaskan perniagaannya di Malaysia. Bagaimanapun, sistem perniagaan ini tidak berkembang pesat sehinggalah pada awal tahun 60-an apabilan A&W menjadi restoran makanan segera Amerika Syarikat yang pertama membuka cawangannya di Kuala Lumpur. Sejak itu, penerimaan masyarakat tempatan terhadap makanan ringan semakin terbuka dan ini jelas digambarkan dengan kemasukan restoran makanan ringan seperti Pizza Hut, KFC dan Mc Donalds. Semenjak sistem francais diperkenalkan di Malaysia sebagai model perniagaan ianya telah berkembang, membangun menjadi industri yang menarik dan menguntungkan.  



Walaupun konsep sistem francais sudah dikenali ramai, tetapi masih ramai lagi yang tidak memahami konsep ini. Hari ini, suasana perniagaan francais di Malaysia membangun dengan pesat dan kita boleh lihat sistem perniagaan ini di mana-mana sahaja. Sistem perniagaan francais di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu memegang francais milik francaisor dari luar negara dan yang kedua memegang francais milik francaisor tempatan. Pada masa dahulu, sistem francais hanya dimonopoli oleh Amerika Syarikat terutamanya dari segi makanan segera, manakala francais dari Jepun kebanyakannya dalam industri kereta. 


Perkembangan pesat sekitar tahun 1990-an telah menjadikan Malaysia menduduki tangga ke 21 di dunia dan kedua di Asia dengan jumlah lebih daripada 150 perniagaan francais dan lebih kurang 2500 francaisi yang berdaftar.

Hari ini, sistem francais di Malaysia telah berkembang dengan pesat, permilikan francais bukan sahaja dikuasai oleh Amerika Syarikat dan Jepun, tetapi juga dimonopoli oleh negara-negara lain dan juga Malaysia. Francais di Malaysia bukan sahaja mengutamakan makanan segera, tetapi telah banyak francais yang mementingka dari segi kesihatan, seperti minuman berjus La Juceria, Boost dan banyak lagi.

Perniagaan francais dari Malaysia sendiri juga telah mendapat tempat, contohnya telah banyak cawangan-cawangan Mee Tarik yang menyajikan cara dan teknik penyediaan mee yang unik.
Perniagaan Francais yang semakin maju

Di Malaysia walaupun belum banyak produk francais tempatan difrancaiskan ke luar negara, namun beberapa francais tempatan telah berjaya mengembangkan jenama mereka ke luar negaraseperti Marrybrown Fried Chicken, Nelson’s, Langkawi Crystal dan juga Sugar Bun. Secara ringkasnya, pembangunan industry francais di Malaysia sentiasa menjadi fokus kerajaan dalam usaha membantu usahawan tempatan berkembang melalui sistem francais.

Melihat kepada peluang-peluang untuk meperkembangkan kepada ekonomi negara dalam industri ini, pihak kerajaan telah menjalankan beberapa program untuk para usahawan yang berminat menceburi perniagaan francais. Antaranya ialah Program Pembangunan Francais (PPF) yang berada di bawah pengurusan Kementerian Pembangunan Usahawan (KPUn). Program ini dahulu telah diletakkan di bawah pengurusan Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya, dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.



 Perniagaan francais adalah antara bidang perniagaan yang berkembang pesat di Malaysia. Sehingga kini sejumlah 587 francais telah berdaftar di Malaysia iaitu 69 peratus adalah jenama francais tempatan dan angka ini sentiasa meningkat dari semasa ke semasa. Jenis perniagaan yang paling popular dalam sistem francais ialah makanan, perkhidmatan, pakaian dan aksesori.




No comments:

Post a Comment