Wednesday, December 16, 2015

SISTEM SOKONGAN KEWANGAN DAN BUKAN KEWANGAN


Campur tangan dan sokongan pihak kerajaan terhadap sistem francais boleh dilihat dari bermulanya perkembangan Program Perkembangan Francais. Program pembangunan francais adalah satu strategi kea rah pembentukan satu Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) yang berdaya tahan, berdaya maju selaras dengan Dasar Pembangunan Nasional kerana potensi perniagaan francais begitu besar di Malaysia. Program Pembangunan Francais bermula sejak tahun 1991 menerusi pembentukan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negara. Semua urusan francais dikendalikan oleh Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri yang bertindak sebagai pusat francais setempat. 


Perbadanan Nasional Berhad (PNS) 


     Perbadanan Nasional Berhad menjalankan aktiviti berdasarkan strategi-strategi utama iaitu program promosi, latihan, pembiayaan, pembangunan produk serta pembangunan dan penyelidikan. Pada tahun 2004, ia telah menjadi salah sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDC) ketika itu, telah diberi mandate sebagai agensi peneraju pembangunan industry francais negara. Antara tugas awal PNS adaah untuk menyediakan sebuah pelan pembangunan industri francais negara.

      Visi PNS adalah untuk menjadi peneraju industri francais negara melalui penyediaan pakej francais yang menyeluruh dan mempunyai misi utama dalam membangunkan usahawan francais bertaraf dunia dengan menawarkan produk yang komprehensif dan perkhidmatan yang bersepadu.

      Seperti yang kita tahu, PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan usahawan francais melalui kepakaran dalam memberi perkhidmatan serta produk-produk yang berkualiti. Selain penyediaan perkhidmatan untuk membangunkan usawahan, PNS juga berkhidmat untuk memberi nasihat dan skim-skim khas bagi francaisor dan francaisi serta mengalu-alukan orang ramai terutamanya kaum Bumiputera di Malaysia.

   Bagi usaha membangunkan jenama francais tempatan, terdapat pelbagai program dan inisiatif telah diperkenalkan seperti Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT) dan Skim Bantuan Pembangunan Francais (SBPF). Skim Bantuan Pembangunan Francais (SBPF) hasil kerjasama kementerian dengan pihak berkuasa tempatan serta jawatankuasa penduduk setempat amat diperlukan bagi memastikan program ini berjaya seperti yang diingini. Di bawah skim ini usahawan kecil yang berminat dan berkelayakan akan mendapat bantuan pinjaman mudah sehingga RM50000.

      Pinjaman terbuka kepada semua rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas yang menceburi perniagaan francais di bawah konsep francais mikro dan tiada cagaran atau penjamin diperlukan ketika pinjaman dibuat. Kadar faedah yang dikenakan juga tidak tinggi iaitu 3 peratus setahun di atas baki berkurangan dengan tempoh masa pembiayaan sehingga 5 tahun, selain tidak disenarai hitam institusi kewangan

Majlis Amanah Rakyat


       Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah ditubuhkan pada tahun 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 1966. Ia adalah sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, di mana misi utama adalah untuk menerajui bidang keusahawanan, pendidikan dan pelaburan untuk penguasaan ekuiti Bumiputera. Dua skim utama untuk mendapatkan pinjaman perniagaan dengan MARA adalah melalui Skim Pembiayaan Kontrak Ekspress (SPiKE) dan Skim Pembiayaan Peningkatan Perniagaan (SPPP). Pinjaman yang di sediakan oleh MARA adalah dari RM500 sehingga RM250,000.

Persatuan Francais Malaysia (MFA)




      Persatuan Francais Malaysia (MFA) telah ditubuhkan pada tahun 1994 adalah berperanan untuk menyokong dan menjadi inisiatif kerajaan untuk mempromosikan keusahawanan terutamanya melalui perniagaan francais. MFA berperanan sebagai pusat maklumat bagi francaisor, francaisi, bakal-bakal francaisor dan francaisi, media dan orang awam.[3] Selain itu, MFA juga menjadi sebagai penasihat dan memberikan maklumbalas dari pihak industri kepada kerajaan bagi memastikan dasar-dasar nasional yang dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang kondusif. 

      Terdapat beberapa objektif MFA, antaranya ialah untuk menyatukan francaisor, francaisi dan institusi sokongan dengan ikatan yang baik dan juga dalam menentukan imej yang baik dalam perniagaan francais. Ia juga menjadi pentas  menyokong usaha kerajaan untuk menggalakkan penglibatan kaum Bumiputera terutamanya, aktif dalam bidang perniagaan francais.

No comments:

Post a Comment