Wednesday, December 16, 2015

SISTEM SOKONGAN KEWANGAN

          Seperti yang diterangkan sebelum ini, sistem francais di Malaysia telah bermula dan berkembang pada awal 1980. Semenjak itu sistem francais telah menjadi satu perniagaan yang penting di peringkat tempatan di mana sistem ini telah Berjaya mendapat tempat di mata kerajaan Malaysia. Pihak kerajaan merasakan sistem francais ini memberi perkembangan perniagaan yang memberansangkan. Pihak kerajaan akan meneruskan usaha menggalakkan 
usahawan bumiputera menceburi perniagaan francais memandangkan penglibatan kaum Bumiputera dalam bidang itu masih belum menggalakkan.


Pihak kerajaan juga telah mengadakan pelbagai kempen seperti mengadakan Karnival Francais di mana orang ramai boleh mendapat info dengan lebih tepat dan boleh bertanyakan sebarang kemusykilan mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Dengan ini masyarakat lebih terbuka dan dapat membuat penilaian secara positif tentang sistem francais.
Pelbagai inisiatif juga telah diperkenalkan bagi menubuhkan infrastruktur sokongan untuk merancang, melaksana, membangun dan mengawal selia pembangunan francais serta memberikan bantuan dan kemudahan pembiayaan. Akta Francais 1998 juga telah digubal untuk memastikan perkembangan industri ini menjadi sihat dan terkawal.



No comments:

Post a Comment