Wednesday, December 16, 2015

SKIM DAN PROGRAM PEMBANGUNAN FRANCAIS

 
Skim Pembiayaan Francais (SPF)
Kementerian KPNKK dengan kerjasama Credit Guarantee Corporation (CGC) 
telah memperkenalkan Skim Pembiayaan Francais (SPF). 
Skim ini khusus untuk membantu usahawan yang berminat untuk menceburi bidang 
perniagaan francais. 

Melalui skim ini, para usahawan boleh mendapatkan pembiayaan menerusi institusi kewangan 
tertentu yang mengambil bahagia dalam skim ini. CGC adalah sebuah syarikat berhad yang 
ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 5 Julai 1972. 
 
Objektif utamanya adalah untuk memainkan peranan dalam pembangunan menyokong agenda 
pembangunan ekonomi negara dengan membantu pengusaha kecil dan sederhana kecil tetapi 
berpotensi berdaya maju perusahaan (PKS), terutamanya perusahaan tanpa cagaran atau 
mempunyai cagaran yang tidak mencukupi dan rekod untuk mendapatkan pembiayaan daripada
institusi kewangan. CGC memudahkan akses PKS kepada pembiayaan melalui skim jaminannya.
Antara bank-bank perdagangan yang terlibat ialah CIMB Bank Berhad dan juga Maybank Berhad.
 
1. Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF)
Untuk golongan berpendapatan sederhana dan ingin menceburi bidang perniagaan francais dan 
menjana pendapatan sampingan, kerajaan telah menyediakan  Skim Pembiayaan Kecil Francais (SPKF) 
yang menawarkan pembiayaan maksimum sehingga RM50000.
 
2. Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional 2012-2016
Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional bertujuan untuk menetapkan hala tuju strategik yang 
menyeluruh bagi membangunkan sektor industri francais di Malaysia supaya sektor ini berdaya 
saing, efisyen dan mampu memanfaatkan penggiat-penggiat industri francais negara. 
Perlaksanaan ini mengambil kira faktor jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang.
Pelan tindakan ini meliputi dua fasa implementasi dengan fasa 1 bermula pada tahun 2012 hingga 
tahun 2014 dan pada fasa ke dua, implementasi Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional adalah 
disasarkan sejumlah 860 syarikat francais berdaftar dengan sumbangan jualan industri francais kepada KDNK .
Hasrat PIPFN adalah untuk menentukan semua lapisan masyarakat iaitu peniaga besar atau kecil-kecilan 
 ataupun bakal usahawan diberi peluang untuk menceburi perniagaan francais. 
PIPFN juga bertujuan memperluaskan fokus dari sektor tradisional kepada sektor baru yang 
tersenarai di dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke 10 seperti 
pelajaran, produk dan perkhidmatan hujau, pelancongan kesihatan yang dapat memenuhi 
syariah untuk menembusi pasaran Timur Tengah dan negara Islam serta negara lain yang 
mempunyai pasaran berpotensi. PIPFN juga melibatkan kumpulan sasaran seperti 
Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), belia, wanita, golongan khas (OKU), pesara dan ramai lagi. 
 
3. Program Pembangunan Francais (PPF)
Program Pembangunan Francais adalah program yang menawarkan platform untuk menukarkan 
perniagaan konvensional kepada perniagaan francais yang bersistematik dan sedia untuk berkembang 
maju. PPTF juga bertujuan untuk membantu usahawan tempatan yang mempunyai produk yang 
berpotensi untuk difrancaiskan. Ia juga sebagai saluran usahawan-usahawan francais khususnya 
francaisor untuk mendapatkan insentif yang ditawarkan oleh kerajaan dalam usaha membangunkan 
industri francais sebagai salah satu industri yang boleh menyumbang kepada pembangunan ekonomi 
negara. 
 
4. Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF)
Dana Bantuan Pembangunan Francais (DBPF) diadakan sebagai insentif bagi menggalakkan 
usahawan tempatan untuk menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan 
francais. Dengan mengunakan sistem bayaran Jadual Kelayakan Bantuan, maka setiap tuntutan 
bagi pembayaran perlu disertakan dengan dokumen sokongan yang sah. 
Melalui dana ini, perniagaan yang telah berjaya didaftarkan sebagai perniagaan francais 
(francaisor atau francaisi induk) layak diberikan geran dalam bentuk bayaran balik sehingga 90% 
daripada kos yang digunakan untuk membangunkan sistem francais dengan had maksimum RM100ribu.

No comments:

Post a Comment