Wednesday, December 16, 2015

PENGENALAN KEPADA SISTEM FRANCAIS


Perniagaan francais sudah sememangnya sinonim dengan masyarakat Malaysia pada hari ini. Perniagaan francais telah diperkenalkan lebih daripada 2 dekad dan hari ini perniagaan secara francais telah menjadi perhatian tumpuan segelintir masyarakat yang ingin menjalankan perniagaan. Dengan adanya usaha daripada pihak kerajaan dalam menggalakkan usahawan bumiputera menceburi perniagaan francais memandangkan penglibatan kaum bumiputera dalam bidang ini masih belum menggalakkan. 

Seperti yang kita tahu, perniagaan francais adalah satu bentuk perniagaan yang melibatkan pengagihan dan pemasaran produk atau perkhidmatan melalui perhubungan yang berterusan antara syarikat induk yang dipanggil francaisor dengan dengan syarikat-syarikat lain yang memohon menjadi ahli di dalam rangkaian perniagaan yang dipanggil francaisi. Pada masa kini, perniagaan francais berkembang maju di serata dunia. Ini kerana konsep perniagaan yang mudah berbanding dengan konsep perniagaan jenis lain.

Contoh Perniagaan Francais di Malaysia


No comments:

Post a Comment